Friday, December 22, 2006

Surat Terbuka kepada Perdana Menteri

Saudara Perdana,

Semoga Saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saya di sini berada dalam keadaan “agak mabuk sikit tapi belum muntah-muntah lagi.”

Saudara Perdana, tujuan saya menulis Surat-Tak-Rasmi-Seperti-Yang-Saya-Belajar-Di-Sekolah-Dahulu ini ialah untuk membantu Saudara Perdana dalam masa yang tidak menentu ini.

Seperti Saudara, saya turut dukacita dengan sikap rakyat Malaysia yang sangat tamak sekali sehingga ada yang tidak mahu membayar tol kita yang termurah di dunia.

Saya juga bersimpati dengan Saudara dalam usaha Saudara menangani isu Ekuiti.
Seperti yang Saudara ketahui, Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pantun, Puisi, Sajak dan Teka-Teki (KPPSTT) menyatakan bahawa:

Kalau panjang namanya Jambatan,
Kalau pendek namanya Titi,
Dari Utara hingga ke Selatan
Semua orang hendakkan Ekuiti.

Saya setuju seratus-peratus dengan Saudara yang keadaan sebegini mungkin mencetuskan huru-hara hari-hari di Negara kita Malaysia yang selama ini menjadi kebanggaan Planet Bumi.

Oleh yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula laporan Ekuiti yang dikeluarkan oleh ASLI dan juga laporan Kerajaan.

Setelah meneliti kedua-dua laporan tersebut, saya, selaku Blogger of the Year, berpendapat bahawa kedua-dua laporan itu adalah betul tetapi kurang tepat.

Punca kekurangtepatan laporan-laporan itu ialah Kaedah Mengira Ekuiti yang digunakan, iaitu Kaedah Ekonomi.

Seperti yang diketahui ramai, tidak terdapat seorang pun di Negara ini yang boleh dikatakan betul-betul pakar dalam bidang ekonomi.

Ini berpunca daripada Subjek Perdagangan dan Ekonomi yang diajar di sekolah dahulu yang membosankan sehingga pelajar-pelajar terpaksa cabut kelas dan menghisap rokok di tandas.

Satu lagi masalah ialah Kaedah Ekonomi sebenarnya tidak berasakan fakta, tetapi berasaskan Teori seperti Teori Teorem dan Teori Graf-Graf Yang Naik-Turun.

Justeru itu, saya di sini ingin mencadangkan kepada Saudara Perdana agar Ekuiti Kaum Negara dikira dengan menggunakan Kaedah Saintifik.

Mungkin ada di antara rakyat Malaysia yang bersikap negatif yang akan berkata bahawa tidak ada Kaedah Saintifik yang boleh digunakan untuk mengira Ekuiti.

Izinkan saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Ciptaan Terbaru Saya, iaitu:


Penapis Ekuiti Lebuhraya-Persekutuan Pazuzu


atau lebih dikenali di kalangan ahli-ahli Sains terkemuka dengan gelaran ‘glamornya’:






PELPP




Untuk memulakan Eksperimen Ekuiti, Saudara hanya memerlukan se-buah Makmal Sains, Se-hasta Tikus Putih dan Se-das Selinder Lebuhraya-Persekutuan, seperti yang ditunjukkan di gambarajah berikut:

















Saya memohon maaf kepada saudara kerana gambarajah tersebut dilabelkan dengan menggunakan Bahasa Penjajah. Saya terpaksa menggunakan Bahasa tersebut untuk mendapat pengikhtirafan Komuniti Antarabangsa, yang masih enggan menerima keAgungan Bahasa Kebangsaan.

Eksperimen Ekuiti boleh diteruskan dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

1) Berikan bebola Melayu, bebola Cina, bebola India dan bebola Umnoputera kepada Tikus Putih.

2) Dengan menggunakan Bahasa Tarzan, suruh Tikus Putih memasukkan bebola tersebut ke dalam Selinder Lebuhraya Persekutuan.

3) Rekodkan dari lubang manakah bebola tersebut keluar.


Setelah menjalani Eksperimen ini, Saudara akan mencapai kesimpulan yang sama seperti yang dicatatkan oleh saya dan ramai lagi ahli Saintis yang terkemuka.

Keputusan Eksperimen adalah seperti yang ditunjukan di gambarajah berikut:













Dengan adanya bukti yang kukuh ini, saya berharap Saudara akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan Ekuiti Tahun 2007 adalah lebih okay lagi.

Saudara Perdana, saya tidak meminta apa jua ganjaran untuk ciptaan saya ini. Apa yang saya lakukan saya lakukan Demi Negara.

Tetapi kalau Saudara mahu, Saudara boleh masuk ke kondo saya melalui Pintu Gelongsor (Sliding Door) balkoni saya pada Malam Krismas dan meninggalkan Sekotak Ekuiti ataupun Sekotak Absolut Vodka ataupun kedua-duanya sekali di bawah Pokok Krismas saya.

Tetapi, pada pagi Krismas, jika saya tidak menjumpai kotak tersebut, saya berjanji tidak akan kecil hati.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Saudara Perdana sekeluarga.

Sekian Terima Kasih.


Saya yang menurut perintah,

Pazuzu





----------------------------------------------------------------




The Floating Turd is flushing off, but will be back after the New Year.

Here's wishing all of you a Merry Christmas, Selamat Hari Raya Haji and a Happy New Year.

May you all get a bunch of Equity next Year.

FLUSSSHHHHHH...

8 comments:

Lily G said...

Saudara Pazuzu,
Sekiranya saudara hendak kan ekuiti, saya cadangkan saudara masukkan penunu saudara kedalam penunu anak perempuan Saudara Perdana.

Jika Saudara Pazuzu berjaya berbuat demikian, saya pasti saudara akan menjadi Hartawan Segera dan mampu minum satu botol Absolut Vodka sehari.

Ikhlas,

In Technicolor said...

best entry in 06.

Keropok said...

Saudara Pazuzu,

Terlebeh dahulu saya ingin merakamkan terika kaseh dari pehak Kerajaan Malaysia atas keprihatinan Saudara dalam kengkritik secara terbuka beberapa dasar2 Kerajaan yang ramai kini perkatakan tidak berdasar sama sekali.

Saya telah diarahkan oleh pehak Kementerian Hal-Ehwal Tun2, Tan-Sri2 dan Ordinary Datuk2 (KETTOD) untuk menjemput Saudara untuk menghadiri sesi terbuka dengan Tuan Perdana Menteri, dimana Saudara dapat memperkenalkan kepada beliau beberapa perkara penting yang Saudara telah sudi kemukakan dalam surat Saudara.

Sesi ini juga adalah agar Saudara dapat bertemu-bual, bergurau-senda, dan berseloka dengan Tuan Perdana Menteri, yang sememangnya sangat22 gemerkan acara2 yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara rakyat dan pemimpin.

Pehak KETTOD akan mengirimkan SMS kepada Saudara, kerana kami ada (dengan izin) 'preferens' untuk benda2 yang pendek, mampat dan ketot.

Kerjasama Saudara dialu-alukan, dan dibalas dengan ucapan tulus ikhlas dan terima kaseh.

Saya yang menurut perentah.

Penolong Timbalan Setiausaha 3
Kepada Timbalan Pengarah Kanan
KETTOD

Desparil said...

all i wanna know is.... when am i gonna get my 5%??

daddy needs some bling-bling, demmit!

J u l i a 。.゜✿ said...

pazuzuuuuuuuuuuuuuu giler..
tihtihtiH....
adehh saket perot arr gelak kat sini..

pandai lak tu encik pazuzu lukeh tikus puteh tersebut..

Unknown said...

PAZUZU for PRIME MINISTER!!!!!!!
this is the most enlightening entry in blogosphere.

are u implying indians are irish wannabes?in the process of evolution?just attracted to drinking hole?

Anonymous said...

everyone,

sorry couldnt reply. was away. am back. promise to reply the next bunch of comments.
really.
no, really.
REALLY, dammit.
Sigh.

Anonymous said...

First of all I want to ѕау excellent blog!
I had a quіck questіon that I'd like to ask if you do not mind. I was curious to find out how you center yourself and clear your thoughts before writing. I've had trouble cleагing mу thοughts
in getting my thoughtѕ out. I truly dο taκe pleаsurе in writing hoωeveг
it just seеms likе the first 10 to 15 minuteѕ are lost simply ϳust trying to figure out hοw to bеgin.
Any іdeas oг tips? Тhank you!


Ηere is my webpage :: cheap toys