Wednesday, January 03, 2007

Kepada Pazuzu, Dari Perdana Menteri

Saudara Pazuzu,

Semoga Saudara berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak "hangover".
Saya di sini berada dalam keadaan mengantuk.

Saudara, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Puluhan terima kasih (disebabkan Saudara berketurunan India, kerajaan tidak mampu mengucapkan Ribuan terima kasih) kepada Saudara kerana mengambil masa untuk mengemukakan cadangan Saudara untuk mengira Ekuiti secara Saintifik.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara di atas gelaran Blogger of the Year yang dianugerahkan kepada Saudara oleh TAVWMAWID.

Sebenarnya, saya sendiri merupakan Peminat Setia belog Saudara sejak pos pertama Saudara.

Saya juga menyokong penuh usaha Saudara untuk menangani gejala sosial seperti belog Lily Liverbird, yang menggalakkan wanita-wanita Malaysia mengabaikan nilai-nilai murni sehingga ada yang tidak mahu meniduri Wakil Rakyat mereka.

Saudara,
Sukacita saya maklumkan di sini bahawa saya telahpun mengarahkan Kementerian Sains, Matematik, Geografi dan Pendidikan Jasmani (KSMGPJ) untuk menjalankan ekperimen ekuiti dengan menggunakan Penapis Ekuiti Lebuhraya-Persekutuan Pazuzu.

Saya baru sahaja menerima laporan mereka dan mereka mencatatkan keputusan yang sama seperti yang dicatatkan oleh saudara dan Saintis-saintis terkemuka dunia.

Namun begitu, Kabinet (ataupun dalam bahasa kebangsaan - Gerobok) saya berpendapat bahawa rakyat Malaysia belum cukup matang untuk menerima Bukti Saintifik untuk mengira Ekuiti.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kajian dan Survey Kebangsaan (JKSK), rakyat Malaysia lebih berminat terhadap bidang Peraduan daripada bidang Sains.

Ini jelas terbukti oleh fenomena Akedemi Fantasia, di mana berjuta-juta rakyat Malaysia mengundi untuk membolehkan artis kesayangan mereka bergambar separuh bogel di kolam renang dalam majalah URTV.

Oleh yang demikian, Gerobok telah mengambil keputusan untuk menolak semua Kaedah Mengira Ekuiti dan memberi semua Ekuiti Negara kepada seorang rakyat Malaysia bertuah yang bakal memenangi Peraduan Mewarna Ekuiti!

Untuk mempromosikan Peraduan ini, saya sendiri telah merekabentuk logo dengan menggunakan komputer:








Peraduan Mewarna ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Umno dan bermastautin di Damansara Heights.

Untuk menyertai Peraduan ini, anda hanya perlu mewarnakan gambar berikut secara kreatif dengan menggunakan Magic Colour Schwan Stabilo:









Gambar anda mestilah menggunakan warna-warna dan unsur-unsur Nasionalisme. Di sini, saya sertakan beberapa contoh gambar yang dianggap Kreatif dan yang Tidak Kreatif.



Kreatif






Tidak Kreatif





Gambar yang dianggap paling kreatif akan memenangi Ekuiti Negara. Hadiah-hadiah saguhati seperti Modenas Jaguh dan Tiket Percutian ke Pulau Jerejak juga menanti anda. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Saudara,
Dengan adanya Peraduan ini, saya yakin tidak akan berulang Peristiwa 13 Mei yang, seperti diketahui ramai, berlaku apabila Kaum Cina dan Kaum Melayu bergaduh untuk hak mengorat 13 anak dara bernama Mei.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada Saudara Pazuzu kerana tidak dapat meninggalkan sekotak Absolut Vodka di bawah pokok Krismas Saudara pada malam Krismas.
Ini disebabkan semua stok Absolut Vodka Negara telah dihabiskan di Perhimpunan Agung MIC yang lalu.

Sekian Terima Kasih,

Saya Yang Menurut Perintah Suami Anak Saya,

Perdana

10 comments:

Anonymous said...

Johnny, um, Ron, um, Jeremy, um, Timmy, um. Leonard!

Nice blog, man! Keep up the krap!


Kumar (who you may or may not remember, vaguely, as being the irritating prick at the Christmas party)

Anonymous said...

Kumar,

I vaguely remember.
Babhy Jhesush, man. Babhy Jhesush.

Anonymous said...

sometimes i got annoyed with your satire, but most of the time..i am amused.
awak ini sangat kreatif lah.

Anonymous said...

borro,

I have instructed my satire not to annoy you anymore.

"My Satire!" I screamed. "Borro got annoyed with you! Sometimes!"

"Sorry," said My Satire.

"But other times...he is amused!"

"Oh."

Terima Kasih Borro. And sorry. My Satire can be such a pain sometimes.

Anonymous said...

Yea, man.

It was Babhy Jhesush, only for that night. It progressed to the Teen Jhesush on New Year's Eve, a comment which introduced me to a whole new world of pain.
He's growing quite well, tho, becoming quite the young adult about town.

Cheers!

Lily G said...

picking up men at parties now? tsk..

Lily G said...

don't you know homosexuality can land you in prison? YOu have to share a cell with that stud, Azizan :D

Anonymous said...

lily,

you're just jealous that my fans come to meet me.

Anonymous said...

heheh you've such a cool blog. i enjoyed reading some of your postings!

Anonymous said...

pazuzu..

u kill me.

i pee in my panties and shorts, when i saw the "artwork"...and satire komen.

now i must go wash my panties and shorts....

fm : the aunty in the market.